Sunday, May 20, 2012

Selamat Ulang Tahun Perkenalan yang pertama
19 Mei 2011 ~ 19 Mei 2012

Sidia : " Berapa dalam sayang abang pada sayang?"
Saya : " Abang xde jawapan yang boleh gambarkan
perasaan sayang abang pada sayang. Cuma cukuplah
kalau abang cakap, bahawa sayang adalah orang yang
abang ingin jadikan isteri abang






Thursday, May 17, 2012

Malam.......

OST Ombak Rindu

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku

Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku

Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku

Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah

Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia

Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup

Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku.


Saya tiada kata-kata, tapi saat malam menjelma pasti saya diulit perasaan sebak ini. Kini dah lebih dari sebulan, saya tidak mahu membuang setiap saat yang pernah saya miliki dulu. Betapa saya akui, saya terlalu rindukan suara dan setiap tutur katanya. Tidur bukan lagi menjadi perkara yang mudah bagi saya tiap malam, andai tiap malam hingga ke entah bila pun saya rela. Biar saya kenangi setiap waktu dulu, biar saya tanggung sebak ini sendiri kerna saya terlalu merindu.....sungguh....terlalu rindu

Terima kasih Cikgu



Tiada ucapan yang lebih mampu diungkap. Tentunya mereka-mereka adalah golongan istimewa hinggakan mendapat satu hari khas dalam setahun bagi menyambut segala pengorbanan mereka :) . Terima kasih Cikgu.

Tentunya ucapan in yang teristimewa buat si dia. Saya masih ingat lagi, kadang-kadang ada juga saya berikan nasihat, jangan sesekali marahkan pelajar. Marah tu boleh, tapi jangan melibatkan sesuatu yang fizikal, contohnya rotan ke, cubit ke. Entahla, ianya sesuatu yang sedikit merisaukan. Ada bezanya mengajar pelajar dengan murid-murid, ada bezanya juga mengajar di sekolah yang pelajar-pelajarnya dalam kategori cemerlang atau yang kurang cemerlang. Semua orang akui, jiwa memberontak dan sikap melampau-lampau pelajar zaman sekarang tersangat berbeza dengan waktu dulu. Jadi, kadang-kadang untuk perkara yang kita sendiri takkan mampu fikir apa yang pelajar-pelajar sanggup buat, langkah berhati-hati saya rasa sangat perlu. Lebih-lebih lagi untuk cikgu-cikgu perempuan yang muda-muda dan masih lagi single. Saya terlalu risau waktu tu,dengan berita-berita dalam paper dan tv....nasihat saya.... marah biarlah cuma dengan nasihat, jika ada pelajar tidak mendengar, just berikan tumpuan pada yang mendengar, bukankah mendidik itu perlukan kesabaran kan :).

Tuesday, May 15, 2012

Doa dalam perjalanan....

Seberapa dalam luka yang kau rasa,seberapa besar sakit yang menghujam di dada,sebarapa banyak ia melukai, kembalikan rasa itu pada sang kuasa..dia yang lebih suka menyakiti,lebih suka melukai,lebih suka mendzalimi,apa pun yang kau ingin,lakukanlah sesukamu.. jika memang itu adalah kesenangan bagimu..jika memang air mata yang jadi pelepas semua rasa sesak dan sakit di hati,maka tuangkan dan lepaskan..sujud di atas sajadah,memohon pada-NYA.. ketenangan jiwa,lepaskan semua resah,semua luka,semua sakit yang di rasa..agar Allah Azza Wa Jalla mengubati luka yang tertoreh di hatimu..dan memberimu kebahagiaan yang entah bila waktunya.. hanya Allah Azza Wa Jalla yang berkehendak atas apa yang ada.. pasrahkan,dan ikhlaskan..kerana apa yang ada semua dalam genggaman-NYA..Ikhlaskan,dan bersabar... semua akan begitu ringan jika itu kau lakukan.

 
Salam,

2 hari ni saya ke KL & Melaka, kelmarin dan hari ni. Kebetulan baru je sampai, lepas mandi n solat semua. Letih memang ada, tapi kerinduan pada blog ini telahpun wujud, sepertimana kerinduan padanya yang telah lama wujud...dan masih kekal ianya :) .Pergi ke KL atas urusan kerja, kemudian ke Melaka mengambil adik yang baru bermula cuti semester. Maklum la, semesta pertama dan kebetulan Hostel akan digunakan untuk entah apa cara, jadi semua penghuni asrama perlu mengosongkan bilik, maka penuhla barang-barang yang perlu dibawa balik, berbeza dengan diri yang laki-laki, bila saya lihat pagi tadi di Kolej adik cuma membawa 1 @ 2 beg pakaian untuk balik bercuti huhuhu.

Saya masih ingat lagi, kalau dulu, andai keletihan drive dari KL ke Kuantan, pastinya saya akan terbaring keletihan selepas mandi, atau mungkin juga akan tertidur. Saat ini saya teringatkan kenangan dahulu, waktu masih lagi bersama... kadangkala panggilan yang dibuat padanya andai dalam keletihan ini, kebiasaannya akan diakhiri dalam tempoh yang tidak lama. Saya akui, kepenatan kadangkala membatasi perhubungan, tapi secara tetapnya, dia akan tetap saya ingati dan panggilan ....walaupun cuma sebentar adalah tanda bahawa saya selamat sampai ke rumah, dan ucapan terima kasih atas doa dalam perjalan daripada dia. Kini, saya juga rindukan kenangan itu, sesal tetap ada kerana tidak menghargai setiap waktu tatkala bersama. Andai keletihan yang tidak seberapa kita semua jadikan alasan untuk hanya sekadar berbual seminit dua, mengapa tidak kita fikirkan tentang dirinya yang setia menemani sepanjang perjalanan dengan doanya. Kita semua manusia bukan, terlalu mudah melupakan sebesar pengorbanan menunggu seseorang yang kita anggap kecil ini. Kerana itu mungkin, saya tetap ingin menulis walau badan masih keletihan, sambil menyesali kesilapan saya dahulu.... kini lebih cuba memahami sedikit pengorbanan itu. Walaupun dia tidak lagi akan menunggu dan mengiringi perjalanan saya lagi.... sesuatu yang kita mungkin baru sedar, hanya selepas ianya tiada lagi....sesuatu yang akan kita sesali :(.

Owh ya, kad ucapan yang baru-baru ini saya beli, sempat saya poskan pagi tadi di pejabat pos berhampirang dengan Kolej adik. Jauhnya dari Kuantan tapi pos nya di Melaka. Takpelah, asalkan ianya selamat sampai kepada empunya. Sekadar sebuah ucapan, mungkin akan tiba pada hari esok atau mungkin juga lusa. Beruntungnya menjadi seorang guru, walaupun beban kerja yang tersangat-sangat banyak, tapi andai niat mengajar ikhlas, tersenyumlah kerna hanya menanti pahala yang berganda-ganda di akhirnya nanti :) .



Hari ini dan semalam, lagu Yuna hanyalah alunan di dalam hati. Corong radio hanya berbunyi suara perempuan navigasi GPS, maklumlah saya hanya baru 2 kali ke Melaka :) .


Sunday, May 13, 2012

Bermula segala-galanya

Salam,

Lama saya biarkan kisah hati saya ini bersawang. Banyak yang saya ingin luahkan disini, tapi semuanya terasa payah. Tarikh 4 April 2012 menjadi tarikh yang akan saya ingati selamanya, saat dimana saya kehilangan seseorang yang paling kasihi, kehilangan seseorang yang saya sanggup korbankan segala-galanya untuk dirinya. Dan ianya terlalu tiba-tiba, tanpa saya sendiri ketahui sebabnya. Dan kehilangan itu membuatkan jiwa saya jadi kosong....perasaan kehilangan yang amat-amat perit saya tanggung....perasaan sedih yang cuma diri saya dan tuhan yang Maha Mengetahui.....

Tidak pernah saya bayangkan semua ini terjadi. Bahawa tiap-tiap hari yang saya lalui selepas tarikh itu diulit dengan rasa sesal, sedih dan sebak yang amat-amat mendalam. Saat blog ini dicipta dan sejak entry pertama ditulis, saya telah banyak hari cuba untuk menulis semula, tetapi tiap kali jari memegang keyboard, tiap kali itulah rasa sebak itu menghentikan jari-jari saya....hingga akhirnya saya menangis, sehinggakan saya rasa tidak ada perkataan yang lebih baik untuk meluahkan selain dari menangis. 

Saya sedikit mendapat kekuatan pada pagi ini, saya ke bandar untuk memilih sekeping kad. Kad Hari Guru untuknya, ya dan kesayangan saya itu bekerja dengan pekerjaan yang paling-paling mulia bagi saya....seorang GURU. Samada satu kebetulan @ takdir tuhan, ketika saya sedang membelek-belek kad yang saya berkenan, saya mendapat miss call darinya, kemudian yang sedikit menghairankan seminit selepas itu saya mendapat call dari seseorang yang lain. Saya takkan ceritakan disini, tetapi ianya sesuatu yang telah mengusik perasaan saya.

Janji saya, tidak akan pernah membiarkan blog ini kosong. Andai diberikan ruang dan masa saya ingin menulis kisah hati saya disini setiap hari. Kerna ianya adalah hamparan kasih sayang saya padanya. Setiap hari yang mendatang, inilah tempatnya untuk saya simpan segala kasih sayang saya, dan perasaan saya padanya. Hati saya cuma ada dia, tiada yang lain dapat mengisi hati saya selagi hanya dia yang berada disini. Tiap hari yang mendatang akan diisi hanya dengan namanya.

Wassalam.....


**** Saya mendengar lagu Terukir di Bintang ini tiap pagi ke tempat kerja dan balik kerja. Ianya menjadi peneman dan kekuatan pada saya. Hinggakan kini saya mampu menyanyi dan mengingati setiap bait liriknya. "Hati ini bukan milikku lagi, seribu tahun pun akan ku nanti kan kamu" .

Monday, April 9, 2012

Dimana silapnya......

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup....


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

(petikan 25 May 2011)


Saturday, April 7, 2012

Terukir Di Bintang - Yuna

Terukir di bintang x mungkin hilang cintaku padamu

Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang
Dari langit untukmu

Jika engkau minta satu dunia
Akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia


Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Sayangku jangan kau persoalkan
Siapa dihatiku
Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu

Terukir di bintang
Tak mungkin hilang cintaku padamu



Terukir di bintang.......Salam semuanya, lagu Yuna ini saya jadikan sebagai entry pertama saya dalam blog ini. Memulakan sesuatu adalah perkara yang paling sukar bagi kita semua, tapi apabila semuanya sudh bermula, maka ianya kita rasa akan lebih mudah sehinggalah kepada penamatnya. Begitulah keadaannya saat saya terfikir untuk memulakan blog ini, dari mencari tema, warna, background picture, sehinggalah kepada entrinya terasa amat payah. Yang paling utama, sebenarnya saya sudah terlalu lama tidak menulis, hingga sampai waktu dalam kesedihan ini, maka saya ambil keputusan untuk meluahkan kesedihan saya ini dengan menulis, dan disini lah tempat saya meluahkan kesedihan saya.

Lagu-lagu Yuna bukanlah sebelum ini menjadi lagu-lagu kesukaan saya, tapi saya akui akan kebolehan Yuna, juga bagi saya lagu-lagunya menjadi halwa telinga bagi mereka yang mendengarnya termasuklah saya. Lama sebelum Lalink memberikan message ringtone lagu Terukir di bintang ini, saya telahpun pernah sesekali mendengar lagu ini di radio, kebanyakan masanya ketika memandu. Bagi saya yang membuat saya sukakannya adalah melodinya, simple tapi cukup indah bagi saya. Dan sehinggalah saya download sendiri lagu ini dan mencari liriknya, saya dapat rasakan kombinasi lagu yang sangat baik. Tapi semua itu cuma sekadar disitu, sehinggalah kesedihan ini datang. Dan saya kini menjadikan lagu ini sebagai lagu tema untuk blog ini. Hampir setiap masa saya suka mendengar lagu ini. Pada lirik " Hati ini bukan milik ku lagi, Seribu tahun pun akan ku nanti, Kan kamu...." membuatkan saya senang sekali, membuatkan saya lebih tenang mengharungi kesedihan ini.

Sekian untuk entry pertama ini,buat kalian semuanya... please do enjoy this song dan hayatilah melodi dan liriknya. Semoga ianya juga mendatangkan ketenangan kepada kalian. Wassalam