Salam,
Lama saya biarkan kisah hati saya ini bersawang. Banyak yang saya ingin luahkan disini, tapi semuanya terasa payah. Tarikh 4 April 2012 menjadi tarikh yang akan saya ingati selamanya, saat dimana saya kehilangan seseorang yang paling kasihi, kehilangan seseorang yang saya sanggup korbankan segala-galanya untuk dirinya. Dan ianya terlalu tiba-tiba, tanpa saya sendiri ketahui sebabnya. Dan kehilangan itu membuatkan jiwa saya jadi kosong....perasaan kehilangan yang amat-amat perit saya tanggung....perasaan sedih yang cuma diri saya dan tuhan yang Maha Mengetahui.....
Tidak pernah saya bayangkan semua ini terjadi. Bahawa tiap-tiap hari yang saya lalui selepas tarikh itu diulit dengan rasa sesal, sedih dan sebak yang amat-amat mendalam. Saat blog ini dicipta dan sejak entry pertama ditulis, saya telah banyak hari cuba untuk menulis semula, tetapi tiap kali jari memegang keyboard, tiap kali itulah rasa sebak itu menghentikan jari-jari saya....hingga akhirnya saya menangis, sehinggakan saya rasa tidak ada perkataan yang lebih baik untuk meluahkan selain dari menangis.
Saya sedikit mendapat kekuatan pada pagi ini, saya ke bandar untuk memilih sekeping kad. Kad Hari Guru untuknya, ya dan kesayangan saya itu bekerja dengan pekerjaan yang paling-paling mulia bagi saya....seorang GURU. Samada satu kebetulan @ takdir tuhan, ketika saya sedang membelek-belek kad yang saya berkenan, saya mendapat miss call darinya, kemudian yang sedikit menghairankan seminit selepas itu saya mendapat call dari seseorang yang lain. Saya takkan ceritakan disini, tetapi ianya sesuatu yang telah mengusik perasaan saya.
Janji saya, tidak akan pernah membiarkan blog ini kosong. Andai diberikan ruang dan masa saya ingin menulis kisah hati saya disini setiap hari. Kerna ianya adalah hamparan kasih sayang saya padanya. Setiap hari yang mendatang, inilah tempatnya untuk saya simpan segala kasih sayang saya, dan perasaan saya padanya. Hati saya cuma ada dia, tiada yang lain dapat mengisi hati saya selagi hanya dia yang berada disini. Tiap hari yang mendatang akan diisi hanya dengan namanya.
Wassalam.....
**** Saya mendengar lagu Terukir di Bintang ini tiap pagi ke tempat kerja dan balik kerja. Ianya menjadi peneman dan kekuatan pada saya. Hinggakan kini saya mampu menyanyi dan mengingati setiap bait liriknya. "Hati ini bukan milikku lagi, seribu tahun pun akan ku nanti kan kamu" .
No comments:
Post a Comment