Salam,
2 hari ni saya ke KL & Melaka, kelmarin dan hari ni. Kebetulan baru je sampai, lepas mandi n solat semua. Letih memang ada, tapi kerinduan pada blog ini telahpun wujud, sepertimana kerinduan padanya yang telah lama wujud...dan masih kekal ianya :) .Pergi ke KL atas urusan kerja, kemudian ke Melaka mengambil adik yang baru bermula cuti semester. Maklum la, semesta pertama dan kebetulan Hostel akan digunakan untuk entah apa cara, jadi semua penghuni asrama perlu mengosongkan bilik, maka penuhla barang-barang yang perlu dibawa balik, berbeza dengan diri yang laki-laki, bila saya lihat pagi tadi di Kolej adik cuma membawa 1 @ 2 beg pakaian untuk balik bercuti huhuhu.
Saya masih ingat lagi, kalau dulu, andai keletihan drive dari KL ke Kuantan, pastinya saya akan terbaring keletihan selepas mandi, atau mungkin juga akan tertidur. Saat ini saya teringatkan kenangan dahulu, waktu masih lagi bersama... kadangkala panggilan yang dibuat padanya andai dalam keletihan ini, kebiasaannya akan diakhiri dalam tempoh yang tidak lama. Saya akui, kepenatan kadangkala membatasi perhubungan, tapi secara tetapnya, dia akan tetap saya ingati dan panggilan ....walaupun cuma sebentar adalah tanda bahawa saya selamat sampai ke rumah, dan ucapan terima kasih atas doa dalam perjalan daripada dia. Kini, saya juga rindukan kenangan itu, sesal tetap ada kerana tidak menghargai setiap waktu tatkala bersama. Andai keletihan yang tidak seberapa kita semua jadikan alasan untuk hanya sekadar berbual seminit dua, mengapa tidak kita fikirkan tentang dirinya yang setia menemani sepanjang perjalanan dengan doanya. Kita semua manusia bukan, terlalu mudah melupakan sebesar pengorbanan menunggu seseorang yang kita anggap kecil ini. Kerana itu mungkin, saya tetap ingin menulis walau badan masih keletihan, sambil menyesali kesilapan saya dahulu.... kini lebih cuba memahami sedikit pengorbanan itu. Walaupun dia tidak lagi akan menunggu dan mengiringi perjalanan saya lagi.... sesuatu yang kita mungkin baru sedar, hanya selepas ianya tiada lagi....sesuatu yang akan kita sesali :(.
Owh ya, kad ucapan yang baru-baru ini saya beli, sempat saya poskan pagi tadi di pejabat pos berhampirang dengan Kolej adik. Jauhnya dari Kuantan tapi pos nya di Melaka. Takpelah, asalkan ianya selamat sampai kepada empunya. Sekadar sebuah ucapan, mungkin akan tiba pada hari esok atau mungkin juga lusa. Beruntungnya menjadi seorang guru, walaupun beban kerja yang tersangat-sangat banyak, tapi andai niat mengajar ikhlas, tersenyumlah kerna hanya menanti pahala yang berganda-ganda di akhirnya nanti :) .
Hari ini dan semalam, lagu Yuna hanyalah alunan di dalam hati. Corong radio hanya berbunyi suara perempuan navigasi GPS, maklumlah saya hanya baru 2 kali ke Melaka :) .
No comments:
Post a Comment